1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.
2)
Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama
pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan media yang
sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka
perlu ingat untuk menukarkannya.
3)
Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami
keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada
pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
4)
Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat
kelamin kerana ia mungkin menyebabka n kekeringan dan iritasi kulit dan
menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan
buih sabun.
5)
Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air
sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum.
Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan
seks untuk mengurankan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
6)
Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau
pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian
dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria
loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar
kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
7)
Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan
pesakit mengadu sakit serta demam.Rawatan adalah secara incisional dan
drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic. Bisul
juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu
kebersihan pencukur perlu dititikberatkan. Wanita yang mengalami
keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan
antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh
berlaku pada waktu waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid,
ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas
menopause.
9)
Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat
penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di
atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat
jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
10)
Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan
berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit
atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih
serius.
11)
Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna
dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya
keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil,gatal dan
berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin.
Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system
peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta
demam.
12)
Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan
merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka
dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan
sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar